Thanks A Lot Guys ;D

Tuesday, August 30, 2011

Salam Aidilfitri


Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir Dan Batin. Berhati-hati di jalan raya. Ikhlas dari kami sekeluarga ;)

Thursday, August 18, 2011

Selamat Ulang Tahun Sayang


Alhamdulillah :) Ulang Tahun Yang Pertama Nur Adelia Sani

Adelia sayang,
Hari ni Adelia dah genap setahun. Ibu yang over excited tunggu jam pukul 12 tengah malam sebab nak wish birthday Adelia padahal masa tu Adelia dah tidur pun. Lepas sahur sibuk pulak ibu plan apa nak buat hari ni sebab malam nanti kita nak potong kek birthday awak.

Adelia sayang,
Jangan lupa pengorbanan ibu mengandung dan melahirkan Adelia. Juga jangan lupa pengorbanan baba bekerja keras untuk mencari rezeki untuk kita.

Adelia sayang,
Ibu dan baba rasa seronok lihat perkembangan Adelia dari lahir sampai sekarang. Walaupun masa lahir Adelia lahir hanya dengan berat 2.39kg tapi sekarang alhamdulillah Adelia membesar dengan sihat. Setiap perkembangan Adelia dari mengiring, meniarap, menyulur, merangkak, berdiri walaupun lambat sikit tapi ibu dan baba tak kisah. Tiada paksaan. Janji Adelia rajin berusaha. Macam sekarang ni Adelia belum boleh berjalan tapi sangat hebat memanjat sana sini. hehe...

Adelia sayang,
Semoga menjadi anak yang solehah, mendengar kata, hormat orang tua, berbudi bahasa dan dapat membanggakan ibu dan baba suatu hari nanti. Ibu dan baba sentiasa doakan yang terbaik untuk Adelia.

Monday, August 8, 2011

The 3rd


080808

Ulangtahun perkahwinan yang ketiga. Alhamdulillah. Thank you Allah for ur blessing.

Monday, August 1, 2011

Ramadhan Al Mubarak


Alhamdulillah tahun keempat berpuasa sebagai isteri dan tahun pertama berpuasa sebagai seorang ibu. Salam Ramadhan to all my beloved family and friends. semoga ramadhan kali ini memberi seribu keinsafan dan keberkatan kepada kita semua.